Umies menyediakan makanan pantang mudah, cepat dan menyelerakan
Tiada Lagi Rasa Bosan Dalam Tempoh Berpantang!
Rahsia ibu berpantang kekal berselera, ceria dan cergas sepanjang berpantang. Resepi khas untuk ibu berpantang yang diadunkan daripada bahan-bahan asas dalam masakan pantang. Semuanya daripada bahan-bahan semulajadi dan tanpa bahan pengawet.
Mengapa Pilih Sambal Pantang UmiesFood?
Ramuan Khas Untuk Ibu Berpantang
Bahan-bahan dan rempah ratus terpilih, membantu pemulihan tenaga dan menjaga kesihatan dalaman ibu.
100% Semulajadi & Tanpa Bahan Pengawet
Kami hanya gunakan bahan segar dan bebas bahan kimia – selamat untuk ibu dan bayi.
Rasa Autentik, Seperti Dari Dapur Rumah
Gabungan bahan-bahan asas dalam masakan pantang yang akan dirindui seperti masakan ibu.
Mudah & Cepat untuk Hidangan Harian
Tak perlu susah payah memasak – hanya buka penutup dan nikmati hidangan pantang yang menyelerakan.
Testimonial Pelanggan
FAQ
Boleh saya tahu pilihan produk Umies yang ada?
Kami ada 5 Pilihan Makanan Pantang Ready to Eat.
– Sambal Pantang Ori RM20/180 gram
– Sambal Pantang Ikan Bilis RM21/180 gram
– Crispy Garlic Flake RM20/210 gram
– Crispy Peria RM15/180 gram
– Pegaga Crispy RM15/180 gram
Apa beza Sambal Pantang Ori dengan Ikan Bilis/Bahan apa yang ada dalam Sambal Pantang ini ya?
Bezanya ikan bilis sahaja. Bahan-bahan lain sama seperti bawang putih, bawang kecil, halia, lada hitam dan lada putih.
Ibu berpantang caesarean section (c-section) boleh makan?
Boleh. Sudah ramai pelanggan Umies yang berpantang operasi bersalin atau operasi lain juga pernah mengambil semua produk Umies. Bahan-bahan kami gunakan hanya bahan asas dalam masakan dan selamat untuk semua orang.
Jika bayi saya masih demam kuning, ibu menyusu badan boleh makan?
Boleh. Tetapi untuk produk yang mengandungi bawang putih dan halia perlu dihadkan kepada satu sudu saja dalam satu hidangan. Sehingga bayi kita sihat.
Berapa lama tahan semua produk Umies?
Semua produk Umies fresh setiap minggu dan tahan selama 3 bulan.
Sambal Pantang ini pedaskah?
Semestinya tidak. Sambal pantang Umies tidak mengandungi cili walaupun namanya sambal. Lada hitam yang digunakan juga sangat minimal dalam setiap botol.
Crispy peria dan pegaga rasa pahitkan?
Peria kami direndam dan dibilas dengan air garam sebanyak 5 kali cucian bagi meminimumkan rasa pahitnya. Manakala pegaga pula lebih sedap dan tidak pahit langsung selepas digoreng rangup. Kanak-kanak pun suka makan peria dan pegaga crispy Umies.





