Umies Makanan Pantang Khas Untuk Ibu Bersalin

Rasai Kehebatan Sambal yang Dirumus Khas untuk Pemulihan Ibu Selepas Bersalin

Deskripsi Produk:
Umies menyediakan makanan dan kudapan sedia untuk dimakan dalam pantang. Menjadi pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang baru bersalin dan sesiapa saja yang mahukan makanan sihat.

Diadunkan dengan bahan-bahan semulajadi dari dapur khas buat ibu berpantang dan tanpa bahan pengawet. Produk Umies bukan sahaja hanya enak, tetapi juga membantu dalam pemulihan badan selepas bersalin. Setiap hidangan mengandungi ramuan yang kaya dengan khasiat dan sesuai dengan keperluan diet ibu dalam tempoh berpantang.

Kebaikan Produk Umies?

  • Bawang putih bukan sahaja sedap menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan antibiotik semulajadi yang dapat membunuh bakteria.
  • Menjadi penggalak susu badan yang bagus, malah menjadikan susu badan lebih berkhasiat. Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema. Ibu menyusu tidak perlu mengambil ubat atau antibiotik yang mungkin merbahaya untuk bayi.
  • Dari sudut pandangan tradisional, bawang putih, halia dan lada hitam yang terdapat dalam Umies sangat bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, sistem penghadaman lebih lancar dan boleh memanaskan badan yang lemah.
  • Peria dan pegaga juga kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk ibu berpantang. Malah dapat mengawal gula dalam darah sepanjang berpantang.

Kenapa Pilih Makanan Pantang dari Umies?

  • Bahan semulajadi: Dibuat dengan bahan-bahan segar dan organik yang terpilih untuk menyokong kesihatan ibu selepas bersalin.
  • Tidak Pedas: Menjadi pembuka selera dan semestinya sesuai untuk ibu yang sedang berpantang atau sesiapa sahaja.
  • Membantu Pemulihan: Mengandungi ramuan yang meningkatkan peredaran darah dan membantu sistem pencernaan ibu selepas bersalin.
  • Mudah Disediakan: Sambal pantang ini sangat mudah dimakan, sesuai untuk mereka yang sibuk dan ingin menikmati hidangan yang sihat tanpa kompromi.

Cara Penyediaan:
Nikmati pilihan produk Umies terus dengan nasi panas-panas atau bersama hidangan lain tanpa perlu renyah di dapur. Ibu kenyang, pantang pun tenang!

Tempah Sekarang dan Rasai Kehebatan Produk Kami!

Buat tempahan sekarang dan nikmati sambal pantang terbaik untuk ibu berpantang yang segar dan berkhasiat.

Shopping Cart